Thursday 3 July 2008

SALAM TA'ARUF

Asalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah Rabb sekelian alam semesta. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Rasulillah dan keluarga.

Terima Kasih kerana sudi menjengah ke blog ini. Sememangnya blog ini saya usahakan (memaksa diri untuk menulis) adalah kerana ada hasrat yang terpendam dan terbuku di hati untuk diluahkan bagi berkongsi ilmu dan pandangan. Memandangkan betapa asingnya diri berada di perantauan, hidup di tengah-tengah masyarakat barat yang jauh sekali menyimpang dari jalan kebenaran, merasakan diri ini begitu kerdil dari segi persediaan ilmu dan amal sehinggakan terkadang begitu teruji dengan segala macam rintangan dan cabaran dalam menegakkan hukum Allah. Lantas berbagai persoalan timbul bagi mencari jawapan kepada masalah yang dihadapi, namun jawapan nya bukanlah mudah.

Namun saya ingin melebarkan perbincangan ke sudut-sudut lain yang dirasalan begitu relevan dengan kehidupan kita hari ini. Mudah-mudahan segala perbincangan ilmu di sini bakal memberi manfaat bukan sekadar untuk diri saya sendiri bahkan juga untuk para pengunjung yang ikhlas ingin mendapatkan ilmu serta sudi berbincang dengan hati dan fikiran yang terbuka.