Thursday 25 August 2011

PENGHULU ISTIGHFAR / سيد الا ستغفر / The Mother of Astaghfar

Istighfar (1)
اللهم انت ربي (ربنا) لااله الا انت 
(خلقتني (خلقتنا) وانا (ونحن) عبدك (عبادك
(وانا (ونحن) على عهدك ووعدك ماستطعت (ماستطعنا
(اعوذبك (نعوذبك) من شرما صنعت (صنعنا 
ابوء (ونبوء) لك  بنعمتك
(وابوء (نبوء) بذنبي (بِذُنُوْبِنَا)
فاغفرلي (فاغفرلنا) فانه لا يغفر الذنوب الا انت
Maksudnya:
Ya, Allah Engkaulah Tuhanku (Tuhan kami), Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku (kami). Sedang aku (kami) adalah hamba-Mu dan aku (kami) di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan Taat ) kepada-Mu sekuat kemampuanku (kami). Aku kami) berlindung dengan-Mu dari kejahatan yang telah aku (kami) lakukan. Aku (kami) mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku (kami) dan aku (kami) mengaku segala dosaku (kami). Maka ampunilah aku 9kami). Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau. Amin

Istighfar (2)

اللهم اني اساءلك العفو والعافية في الدنيا والاخرة
اللهم اني اساءلك العفو والعافية في ديني
ودنياي واهلي ومالي
اللهمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتي
اللهم احفظني من بين يدي
ومن خلفي وعن يميني 
وعن شمالي ومن فوقي
واعوذ بِعَظَمَتِكَ اَنْ اُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي


Istighfar (3)

اللهم انا نساءلك موجبات رحمتك
وعزاءم مغفرتك والسلامة من كل اثم
والغنيمة من كُلِّ بِرٍّ وَالْفَوْزَ بِالْجَنَة
والنجاة من النار

Wednesday 24 August 2011

Doa selepas Solat Sunat Dhuha / Supplication after Dhuha prayer

Doa Solat Sunat Dhuha

Maksud doa ,
“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu ialah waktu dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu ialah keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu ,kekuasaan itu ialah kekuasaanMu dan perlindungan itu ialah perlindungan-Mu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , maka Engkau turunkanlah dan jika ianya berada di dalam bumi, maka Engkau keluarkanlah, jika ianya sukar maka Engkau permudahkanlah, jika ianya haram maka Engkau sucikanlah ,jika ianya masih jauh maka Engkau dekatkanlah. Berkat waktu dhuha-Mu, keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”
sumber (dengan sedikit ubahsuai) dari laman web http://ecardblog.net/doa-untuk-solat-dhuha/

Monday 25 April 2011

DOA SELEPAS SOLAT / Supplication after prayer

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami dan Berilah kami rahmat dari sisi-Mu.

اََللّهُمَّ اَعِنَّا عَلَى ذُكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Ya Allah, tolonglah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah sebaiknya untuk-Mu

رَبَّنَا فَاغْفِرْلَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِرْعَنَّا سَيِّاءََتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الاَبْرَار
Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami, hapuskanlah kejahatan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang baik.


اللهم انا نسالك من الخيركله عاجله واجله ماعلمنا منه ومالم نعلم
Ya Allah, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepadaMu dari segala bahaya samada lambat atau cepat yang kami ketahui atau tidak kami ketahui.



اللهم افتح علينا فتوح العارفين
وارزقنا فهما النبين
اللهم افتح علينا حكمتك
وانشر علينا من خزاءنك رحمتك
ياارحم الراحمين



اللهم انا نعوذبك من علم لا ينفع
ومن قلب لا يخشع
ومن نفس لا تشبع
ومن دعاء الا بستجاب له


اللهم انا نعوذبك من الهم والحزن
ونعوذبك من العجل والكسل
ونعوذبك من الجبن والبخل
ونعوذبك من غلبت الدين وقهر الرجال


اللهم اهدنا الصراط المستقيم
صراط الذين انعمت عليهم
من النبيين والصدقين والشهداء
والصالحين وحسن اولك رفيقا




اللهم انا نعوذبك من ان نشرك بك شيء نعلمه
ونستغفرك بما لا نعلمه



اللهم انا نساءلك سلامة فى الدين
وعافية فى الجسد وزيادة فى العلم
وبركة فى الرزق وتوبة قبل الموت
ورحمة عند الموت ومغفرة بعدالموت
اللهم هون عينا في سكرات الموت
والنجات من النار والعفو عند الحساب



اللهم انا نساءلك علما نافعا
ونساءلك قلبا خاشعا
ونساءلك ايمانا كاملا
ونساءلك يقينا صادقا
ونساءلك رزقا حلال طيبا
ونساءلك عملا صالحا متقبلا
ونساءلك العفو والعافية فى الدنيا والاخرة



اللهم عافنا من كل بلاء الدنيا وعذاب الاخرة
وشر الدنيا وشرالاخرة




اللهم افتح علينا ابواب الخير وابواب النعمة وابواب الرزق
وابواب الرحمة وابواب البركة وابواب السلامة وابواب العافية
 وابواب الجنة ياكريم برحمتك يا ارحم الراحمين
Ya Allah, bukakanlah bagi kami pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu ni'mat, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu rahmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu syurga. Ya Karim, dengan rahmat Engkau Ya Allah, wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani.



اللهم لا تدع في مقامنا هذا ذنبا الا غفرته
 ولا هما الا فرجته ولا دينا الا قضيته
 ولا مريضا الا شفيته ولا مبتلي الا عافيته
 ولا معسرا الا يسرته ولا فقيرا الا غنيته
 ولا ساءلا الا اعطيته ولا بعيدا الا قربته
ولا عدوا الا خذلته ولا مجاهدا الا نصرته
 ولا حاجة من حواءج الدنيا والاخرة
 الا قضيتها ويسرتها يا الله يارب العالمين
Ya Allah, janganlah Engkau biarkan pada diri kami ini berdosa, kecuali Engkau telah ampunkan, dan tidak ada kesusahan kecuali Engkau permudahkan, dan tidak ada hutang kecuali Engkau langsaikan, tidak ada sakit kecuali Engkau sembuhkan, dan tidak ada yang sesat kecuali Engkau tunjukkan, dan tidak ada yang susah kecuali Engkau permudahkan, dan tidak ada yang fakir kecuali Engkau berikan kekayaan, dan tidak ada permohonan kecuali Engkau maqbulkan, dan tidak ada yang jauh kecuali Engkau dekatkan, dan tidak ada musuh kecuali Engkau binasakan, tidak ada yang berjuang kecuali Engkau berikan pertolongan, dan tidak ada hajat-hajat dunia dan akhirat kecuali Engkau tunaikan dan oermudahkan, Ya Allah Tuhan Yang mentadbir sekelian alam. 


ربنا لا تزغ قلوبنا بعد اذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة
انك انت الوهاب
ربنا هب لنا من ازواجنا وذريتنا قرة اعين
واجعلنا للمتقين اماما


ربنا واتنا ما وعدتنا على رسلك
ولا تخزنا يوم القيامة
انك لا تخلف الميعاد





اللهم صل على سيدنا محمد
 صلاة تنجينا بها من جميع الاهوال والافات 
وتقضي لنا بها من جميع الحاجات
وتطهرنا بها من جميع السياءت
وترفعنا بها عندك اعلى الدرجات
وتبلغنا بها اقصى الغايات من جميع الخيرات
فى الحياة وبعد الممات
وعلى اله وصحبه وسلم تسليما كثيرا
برحمتك يا ارحم الراحمين





اللهم اغفرلي ماقدمت وما اخرة وما اسررت
وما اعلنت وما اسرفت وما انت اعلم به مني
انت المقدم وانت الماءخر لا اله الا انت

اللهم اني ظلمت نفسي ظلما كثيرا
ولا يغفر الذنوب الا انت
فاغفرلي مغفرة من عندك
وارحمني انك انت الغفور الرحيم
Ya Allah sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang amat banyak
dan tiada siapa yang dapat mengampuni segala dosaku kecuali Engkau
maka ampunkanlah daku dengan keampunan 
dan kasihanilah aku
sesungghnya Engkaulah Yang Maha Pengampunlagi Maha Penyayang.



يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك وعلى طاعتك
سبحانك اني كنت من الظالمين
Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati
tetapkanlah hatiku diatas jalan agama-Mu dan diatas ketaatan kepada-Mu
Maha suci Engkau sesungguhnya aku tergolong dari orang-orang yang zalim.

Zikir Berganda / جَوَامِعِ الاَذْكَارِ / Multiple Zikr

Dengan ihsan dan keizinan Ustaz Ismail (mantan pensyarah Jabatan Syariah UKM)

Zikir No. (1)
سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ مَا خَلَقَ فِى السَمَاءِ 
وَسُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ مَا خَلَقَ فِى الارض
وَسُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ مَا خَلَقَ بَيْنَ ذَلِكَ
وَسُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ مَا هُوَ خَالِقٌ 
Maha suci Allah sebanyak yang telah Engkau ciptakan dilangit
Maha suci Allah sebanyak yang telah Engkau ciptakan dibumi
Maha suci Allah sebanyak yang telah Engkau ciptakan diantara kedua-duanya
Maha suci Allah sebanyak yang telah Engkau ciptakan


وَاللهُ اَكْبَرُ عَدَدَ مَا خَلَقَ فِى السَمَاءِ 
وَاللهُ اَكْبَرُ عَدَدَ مَا خَلَقَ فِى الارض
وَاللهُ اَكْبَرُ عَدَدَ مَا خَلَقَ بَيْنَ ذَلِكَ
وَاللهُ اَكْبَرُ عَدَدَ مَا هُوَ خَالِقٌ


وَالْحَمْدُللهِ عَدَدَ مَا خَلَقَ فِى السَمَاءِ 
وَالْحَمْدُللهِ عَدَدَ مَا خَلَقَ فِى الارض
وَالْحَمْدُللهِ عَدَدَ مَا خَلَقَ بَيْنَ ذَلِكَ
وَالْحَمْدُللهِ عَدَدَ مَا هُوَ خَالِقٌ


وَلاَاِلَهَ اِلاَّللهِ عَدَدَ مَا خَلَقَ فِى السَمَاءِ 
وَلاَاِلَهَ اِلاَّللهِ عَدَدَ مَا خَلَقَ فِى الارض
وَلاَاِلَهَ اِلاَّللهِ عَدَدَ مَا خَلَقَ بَيْنَ ذَلِكَ
وَلاَاِلَهَ اِلاَّللهِ عَدَدَ مَا هُوَ خَالِقٌ


وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ عَدَدَ مَا خَلَقَ فِى السَمَاءِ 
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ عَدَدَ مَا خَلَقَ فِى الارض
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ عَدَدَ مَا خَلَقَ بَيْنَ ذَلِكَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ عَدَدَ مَا هُوَ خَالِقٌ

Zikir No. (2)


سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله اكبر
ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم
عددما علم الله تعالى وزنة ما علم الله تعالى
وَمِلْءَ مَا عَلِمَ الله تعالى
Dibaca 3x


Zikir No. (3)

سبحان الله وبحمده عدد خلقه
وَرِضَاءَ نَفْسِهِ وزنة عرشه
ومداد كلماته
Dibaca 3x

Zikir No. (4)

   سبحان اللهِ عَدَدَ خلقه   
3x
سبحان اللهِ رِضَاءَ نَفْسِهِ
3x
سبحان اللهِ زِنَة عرشه
3x
سبحان اللهِ مِدَادَ كلماته
3x


الحمدللهِ عَدَدَ خلقه
3x
الحمدللهِ رِضَاءَ نَفْسِهِ
3x
الحمدللهِ زِنَة عرشه
3x
الحمدللهِ مِدَادَ كلماته
3x



اللهُ اكبر عَدَدَ خلقه
3x
اللهُ اكبر رِضَاءَ نَفْسِهِ
3x
اللهُ اكبر زِنَة عرشه
3x
اللهُ اكبر مِدَادَ كلماته
3x


Wednesday 20 April 2011

BERBUATLAH KEBAJIKAN SEMENTARA KITA DIBERI KESEMPATAN

Mungkin tidak ramai dari kita yang sentiasa merasa bertuah diberi segala macam kenikmatan. Kita sering mendongak ke atas merenung dan melihat apa yang kita belum miliki sementara kita sering lupa untuk tunduk ke bawah untuk mensyukuri apa yang sudah kita perolehi.
Janganlah kita sekali-kali merasa kedekut untuk membantu apa yang termampu, menghulurkan tangan kepada sesiapa yang memerlukan. Bantulah setakat yang terdaya dengan seikhlas hati. Yakinlah bahawa setiap bantuan yang dilakukan dengan ikhlas akan menjadi cagaran di sisi Allah. Kiat tidak akan tahu apa yang akan menanti kita di kemudian hari. Apa cagaran kita untuk kita memohon bantuan Allah di kala kita memerlukan. Apabila tiada lagi upaya untuk berbuat baik, janganlah kita sesali seandainya tiada yang baik menanti kita.

APA ERTINYA KESYUKURAN

Saban hari kita mengeluh mengenangkan setiap hajat yang tidak kesampaian. Saban hari juga kita merajuk dan merungut akibat kehampaan mendapatkan yang diidamkan. Hidup kita seharian selalu diisi dengan segala macam hiburan. Kita hanya ingin dihibur, disuap dengan segala macam berita yang gembira. Kita ingin hidup berangan-angan..kalaulah kita kaya macm orang tu, kalaulah kita bernasib baik macam orang tu..dan segala macam kalaulah.
Kita sering lupa bahawa nikmat yang sedia ada yang diberikan Allah kepada kita amat tidak terhitung. Kita sering lupa kerana kita mengambil sikap 'take things for granted'. Kita merasakan segala macam kenikmatan yang kita kecapi hari ini adalah sesuatu yang 'normal' dan kita ada hak untuk menikmatinya. Tetapi bayangkanlah kalau nikmat kita ditarik sedikit sahaja. Barulah kita sedar betapa kerdilnya kita. Kita diuji dengan sakit gigi. bayangkanlah apabila segala macam ubat kita telan, masih lagi sakit. tunggang terbalik kita dibuatnya, baru kita merasa betapa nikmatnya kalau kesakitan itu dikurangkan sedikit atau terus hilang. Baru kita tahu betapa nikmat 'tidak sakit gigi' itu bukanlah hak milik mutlak kita. Bukanlah sesuatu yang sepatutnya kita saja-saja dapat. bukanlah sesuatu yang boleh dibayar.
begitu juga apabila kita diberi sedikit 'masalah hati' ditimpa rasa resah, runsing, tension, terasa alangkah bahagianya hidup tanpa segala macam tekanan.

Friday 11 March 2011

WIRID SELEPAS SOLAT














Terjemahannya:
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).




Terjemahannya:
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata:) Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat kembali. (285) Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.






Terjemahannya:
Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (18) Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam





Terjemahannya:
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


Terjemahannya:
Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.

Friday 4 March 2011

Ayat 7 - Wirid Untuk Menenangkan Hati / 7 Verses - dua for peaceful mind

Ayat Pertama
Surah At-Taubah (9:51)


Terjemahannya:
Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.

Ayat ke-2
Surah Yunus (10:107)



Terjemahannya:
Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia dan jika Dia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Ayat ke-3
Surah Hud (11:6)




Terjemahannya:
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).



Ayat ke-4
Surah Hud (11:56)
Terjemahannya:
Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.


Ayat ke-5
Surah Ankabuut (29:60)

Terjemahannya:
Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


Ayat ke-6
Surah Faatir (35:2)

Terjemahannya:
Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu dan (ingatlah) Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


Ayat ke-7
Surah Az-Zumaar (39:38)




Terjemahannya:
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang mencipta langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu? Katakanlah lagi: Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri.