Wednesday 20 April 2011

APA ERTINYA KESYUKURAN

Saban hari kita mengeluh mengenangkan setiap hajat yang tidak kesampaian. Saban hari juga kita merajuk dan merungut akibat kehampaan mendapatkan yang diidamkan. Hidup kita seharian selalu diisi dengan segala macam hiburan. Kita hanya ingin dihibur, disuap dengan segala macam berita yang gembira. Kita ingin hidup berangan-angan..kalaulah kita kaya macm orang tu, kalaulah kita bernasib baik macam orang tu..dan segala macam kalaulah.
Kita sering lupa bahawa nikmat yang sedia ada yang diberikan Allah kepada kita amat tidak terhitung. Kita sering lupa kerana kita mengambil sikap 'take things for granted'. Kita merasakan segala macam kenikmatan yang kita kecapi hari ini adalah sesuatu yang 'normal' dan kita ada hak untuk menikmatinya. Tetapi bayangkanlah kalau nikmat kita ditarik sedikit sahaja. Barulah kita sedar betapa kerdilnya kita. Kita diuji dengan sakit gigi. bayangkanlah apabila segala macam ubat kita telan, masih lagi sakit. tunggang terbalik kita dibuatnya, baru kita merasa betapa nikmatnya kalau kesakitan itu dikurangkan sedikit atau terus hilang. Baru kita tahu betapa nikmat 'tidak sakit gigi' itu bukanlah hak milik mutlak kita. Bukanlah sesuatu yang sepatutnya kita saja-saja dapat. bukanlah sesuatu yang boleh dibayar.
begitu juga apabila kita diberi sedikit 'masalah hati' ditimpa rasa resah, runsing, tension, terasa alangkah bahagianya hidup tanpa segala macam tekanan.

No comments: