Wednesday 20 April 2011

BERBUATLAH KEBAJIKAN SEMENTARA KITA DIBERI KESEMPATAN

Mungkin tidak ramai dari kita yang sentiasa merasa bertuah diberi segala macam kenikmatan. Kita sering mendongak ke atas merenung dan melihat apa yang kita belum miliki sementara kita sering lupa untuk tunduk ke bawah untuk mensyukuri apa yang sudah kita perolehi.
Janganlah kita sekali-kali merasa kedekut untuk membantu apa yang termampu, menghulurkan tangan kepada sesiapa yang memerlukan. Bantulah setakat yang terdaya dengan seikhlas hati. Yakinlah bahawa setiap bantuan yang dilakukan dengan ikhlas akan menjadi cagaran di sisi Allah. Kiat tidak akan tahu apa yang akan menanti kita di kemudian hari. Apa cagaran kita untuk kita memohon bantuan Allah di kala kita memerlukan. Apabila tiada lagi upaya untuk berbuat baik, janganlah kita sesali seandainya tiada yang baik menanti kita.

No comments: